Wednesday, June 20, 2012

kerana mulut badan binasa

assalamualaikum...

memang benar kata pepatah kerana mulut badan binasa... kalau terlajak kata tak boleh ditarik balik...
ALLAH memberi balasan ujian ini kepada sy atas kelakuan sy... T_T

tp sy tahu... semua yang berlaku banyak hikmahnya... saya dh banyak belajar tentang kawan... mungkin ini untuk persediaan masuk keje sy... sy tak boleh nak bawak perangai sy ni sampai ke tua... ALhamdulullah...

Nabi SAW bersabda :
ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-
سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ
Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ”
( Riwayat Ahmad, 2/175)

astaghfirullahalazim... begitu pentingnya kita memelihara ukhwah kurniaan ALLAH ini... sekarang ni pon sy mempunyai masalah dengan rakan2 karib... insyaALLAH sy akan menjernihkan suasana... semoga ALLAH memberkati permintaan sy ini...

No comments:

Post a Comment